Friday, September 4, 2009

selamat aidilfitri


masuk hari ke 14 bulan ramadhan dan hanya tinggal 2 minggu menyambut syawal.maka sebuk lak kaum ibu dengan membuat kuih muih hari raya dan kaum bapa pulak seiring sejalan dengan kaum ibu menukar perabut baru berlumba2 pergi ke court maut sebab tak payah bayar ambil dulu je sebut apa hendak nanti lori antar.
setahun sekali itu lah jawab mak cik jenab bila aku tanya kenapa tiap tahun tukar langsir .
pelik betul gan orang melayu ni dalam keadaan ekonomi macam ni mereka berlumba menghias rumah untuk sambut hari raya. kalau berlumba buat ibadat ok jugak lah ..ni pi terawih pun 2 hari je lepas tu tak nampak bayang.
ni kat kampong opah aku tapi dibandar lagi bagus boleh dikatakan masjid ramai jugalah jemaah ni kat kampong opah aku cuma ada satu saf je buat terawih.
patutlah allah turunkan bala selsema babi sebab orang islam sendiri tidak menghayati dan menjadikan islam sebagai cara hidup.
bercuti 2 hari dirumah opah aku balik semula ke kl.kat kl biasalah petang2 macam ni orang penuh sesak kat pasar ramadhan beli juadah untuk berbuka puasa. yang pakai baju pendek nampak lurah punggung pun beli kuih untuk berbuka pelik jugak dalam berpakaian begitu beli juadah tok berbuka juga .apa nak jadilah minah kl ni dah macam beruk sarkis aku tenguk rambut dah lah warna merah pakai lak baju sengkat nampak lurah.....apa nak buat dah lalu depan aku terpandang jugak lah kurang pahala puasa. itu tak apa gak ada pak cik tu siap pusing kepala tenguk minah seksi tu.....apahal orang tua ni tak ada rasa malu ke dah nak mampus masih berselera tenguk minah bohsia ni cissss .
aku mengutuk orang bulan puasa ni lepaskan geram.....menyampah betul melihat gelagat minah kl ni datang dari ceruk hujung kampong mana sampai kl buat perangai .
dalam bulan ramadan pun pakai baju ratu syaitan denag seluar jin afrit.

Sunday, August 30, 2009

pesta air

kat malaysia macam2 pesta ada. pesta makanan,pesta buku,pesta kraft tangan dan yang terbaru "pesta air". ramailah yg berkumpul untuk sama sama berpesta dengan kerjasama polis di raja malaysia meluangkan masa dgn aktiviti pesta air.tak payah pergi kelantan untuk merayakan pesta air kat kuala lumpur pun ada. tapi pesta air kat kl ni air nye gatal2 sikit munkin diorang lupa bubuh kelorin kot.
lain kali kalau boleh ajak bomba sekali main pesta air ni baru lah power sebab bomba punya pam air pressure nye kuat sikit...

perihatin ke kita?

mamat ni dari kecil diajar solat olih parent nye.dia tahu bila masuk waktu bunyi azan mesti solat dia pun solat macam biasa.duduk tahyat akhir pun mesti betul sebab dia dididik macam tu.dia membesar dikalangan remaja lain.orang rock dia pun rock jugak . dia cuma diajar tentang solat olih kedua orang tua nye kemudian bulan ramadhan kene puasa .dia pun puasa macam orang lain tak makan tak minum. sekolah pun tamat sekolah rendah je kerana keluarga tak mampu nak sambung persekolahan nye kerana faktor kemiskinan.
bahasa inggeris sepatah haram dia tak tahu.bila dia tenguk kawan sebaya pakai baju tulis macam2 dia pun teringin nak pakai baju macam tu. kawan2 nye yang kurang ajar belikan dia baju yang tulis perkataan lucah. dia seronok betul dapat baju tu tapi dia tak tahu pun makna tulisan yang ada kat baju yg dia pakai.dia berjalan kesana sini pakai baju tu dan orang mula memandang menyampah kepada nye malah ada yg meludah bila nampak dia.
tapi tidak seorang pun yang menegur secara baik dan memberitahu apa makna perkataan yg tertulis kat baju yg dipakai nye. selepas solat ada hamba allah menegur baju yg dipakai nye dan memberitahu makna perkataan yg tertulis. dia terkejut dan lantas menanggalkan baju tersebut dan keluar dari masjid. tiba2 salah seorang remaja berambut panjang yang solat dimasjid itu menanggalkan jaket nye terus memberikan pada mamat itu tanpa berkata apa2 dan berlalu pergi.
ramai jemaah yg solat tidak berbuat apa2 ada yg pegawai .manager,guru dan ada yg naik mecedis lagi tapi apa yg mereka buat.inilah masyarakat melayu di kl. betapa mulia hati mamat yg memberikan jaket dan betapa mamat yg memakai baju itu dipandang hina sedangkan mereka tidak pernah mengambil tahu . so jgn hairan kalau ramai remaja melayu yg rosak ahklak ,jadi mat rempit,bohsia,punk kerana masyarakat tidak perihatin cuma pandai mencebik bibir bila melihat kerenah remaja seumpama ini

tersebut lah kesah


bertemu lagi ramadhan alhamdulillah kita masih diberi talian hayat untuk menjalani ibadah puasa.
minggu pertama ni masjid dan surau penuh dengan jemaah muslimin dan muslimat berterawih dan bertadarus.
dipasar ramadhan pulak macam pesta makanan semua nye ada harga pulak dah naik kalau dibandingkan tahun lepas 2 ketul kuih sehinggit.
tradisi jahiliah tak pernah bertukar terutama penjual dipasar ramadhan .azan berkumandang masih lagi sebuk berjual .muka tak malu nak buat macam mana Allah beri rezeki diorang selamba je .
tak kan orang jantan pon datang bulan kalau betina tu itulah alasan dia.pasar ramadhan tepi masjid orang lain sebuk solat maghrib diorang sampai waktu isyak masih mengemas barang jualan mana yg tak abis dia antar kat masjid .apa diorang ingat jemaah masjid apa kebulur sangat ke dengan kuih mereka yg tak abis tu.
ehhhh aku ni dah mengumpat pulak......tapi itulah reality nye.