Sunday, August 30, 2009

perihatin ke kita?

mamat ni dari kecil diajar solat olih parent nye.dia tahu bila masuk waktu bunyi azan mesti solat dia pun solat macam biasa.duduk tahyat akhir pun mesti betul sebab dia dididik macam tu.dia membesar dikalangan remaja lain.orang rock dia pun rock jugak . dia cuma diajar tentang solat olih kedua orang tua nye kemudian bulan ramadhan kene puasa .dia pun puasa macam orang lain tak makan tak minum. sekolah pun tamat sekolah rendah je kerana keluarga tak mampu nak sambung persekolahan nye kerana faktor kemiskinan.
bahasa inggeris sepatah haram dia tak tahu.bila dia tenguk kawan sebaya pakai baju tulis macam2 dia pun teringin nak pakai baju macam tu. kawan2 nye yang kurang ajar belikan dia baju yang tulis perkataan lucah. dia seronok betul dapat baju tu tapi dia tak tahu pun makna tulisan yang ada kat baju yg dia pakai.dia berjalan kesana sini pakai baju tu dan orang mula memandang menyampah kepada nye malah ada yg meludah bila nampak dia.
tapi tidak seorang pun yang menegur secara baik dan memberitahu apa makna perkataan yg tertulis kat baju yg dipakai nye. selepas solat ada hamba allah menegur baju yg dipakai nye dan memberitahu makna perkataan yg tertulis. dia terkejut dan lantas menanggalkan baju tersebut dan keluar dari masjid. tiba2 salah seorang remaja berambut panjang yang solat dimasjid itu menanggalkan jaket nye terus memberikan pada mamat itu tanpa berkata apa2 dan berlalu pergi.
ramai jemaah yg solat tidak berbuat apa2 ada yg pegawai .manager,guru dan ada yg naik mecedis lagi tapi apa yg mereka buat.inilah masyarakat melayu di kl. betapa mulia hati mamat yg memberikan jaket dan betapa mamat yg memakai baju itu dipandang hina sedangkan mereka tidak pernah mengambil tahu . so jgn hairan kalau ramai remaja melayu yg rosak ahklak ,jadi mat rempit,bohsia,punk kerana masyarakat tidak perihatin cuma pandai mencebik bibir bila melihat kerenah remaja seumpama ini

No comments:

Post a Comment